Jumaat, 11 April 2014

Rasulullah S.a.w dan Batu Kerikil

MasyaAllah Tabaarokallah! .......
 
Rasulullah S.a.w dan Batu Kerikil
 
Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah S.A.W mengimami sholat berjamaah, para sahabat menyedari bahawa setiap kali Rasulullah S.A.W berpindah gerakan sholat, kelihatan nampak sangat kepayahan. Selain itu, setiap gerakan beliau diiringi suara yang aneh, seperti ada yang tidak kena pada persendiannya.
 
Selesai sholat, sahabat Rasulullah S.A.W, Sayyidina Umar bin Khatthab r.a bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?”
 
“Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar”, jawab Rasulullah.
 
“Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh engkau saling bergesekan? Kami yakin engkau sedang sakit”, desak Sayyidina Umar penuh cemas.
 
Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika melihat bahawa perut Rasulullah S.A.W yang kempis tengah dililit oleh sehelai kain yang berisi batu-batu kerikil. Batu-batu itu beliau ikatkan untuk menahan rasa laparnya. Itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah bergerak.
 
Para sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”
 
Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti..”
 
Teramat agung peribadi Rasulullah S.A.W. Apakah kita akan sanggup mencintanya seperti dia mencintai kita?
 
 unikversiti.blogspot.

Kaulah binti Hakim

Namanya sebenarnya ialah Kaulah binti Hakim bin Ummayyah bin Harisah bin al-Auqash bin Murrah bin Hilal bin Falij bin Tsa'labah bin Dzakwan bin Imri'l al-Qais bin Salam. Ibunya ialah Shafiyah binti al-'Ash bin Ummayyah bin Ab Syams bin Abd Manaf bin Wushayy. 

Ibnu al-Kalby berkata :"Kaulah binti Hakim merupakan seorang wanita yang menyerahkan dirinya kepada Nabi saw. Namun, Nabi menangguhkan pernikahannya dengan Khaulah. Khaulah selalu membantu perjuangan nabi saw. Kemudian dia dinikahkan dengan Usman bin Muz'un ra, kemudian Usman bin Muz'un meninggal dunia. 
 


Usman bin Muz'un merupakan sahabat Nabi (Muhajirin yang pertama yang meninggal dunia di Madinah). Semasa Usman meninggal dunia, Rasullulah saw duduk disampingnya dan mencium wajahnya. Baginda bersabda untuk melepaskan pemergian sahabatnya itu, "Semoga Allah memberikanmu rahmat, wahai Abu Saib. Kamu pergi meninggalkan dunia , tidak ada satu keuntungan pun yang kamu dapat daripadanya dan tidak ada satu kerugian pun yang kamu menderita kerananya." 


Walaupun Usman telah meninggal dunia Rasullulah saw tetap mengenangnya. Bahkan ketika melepaskannya pemergian anak perempuannya Ruqayah Rasullulah saw bersabda :"Pergilah susuli pendahulu kita yang menjadi pilihan; Usman bin Muz'un. 

Ibnu Abdul al-Barr mengatakan ,"Khaulah digelar Ummu Syarik." Menurut pendapat sebahagian ulama pula dia ialah orang yang menyerahkan dirinya kepada Nabi saw. 

Khaulah ialah wanita solehah dan mulia. Dia pernah berkata kepada Rasullulah saw ,"Jika Allah telah menakluki Thaif untukmu , berilah aku perhiasan Badiah binti Ghailan Abi Salamah atau perhiasan al-Fari'ah bin Uqail. Kedua-duanya merupakan wanitaThaif yang banyak memakai perhiasan. 

Rasullulah saw lalu berkata :"Bagaimana jika aku tidak diberikan keizinan untuk menguasai , wahai Khaulah?"

Khaulah mengatakan hal tersebut kepada Umar bin al-Khattab ra kemudian Umar menghadap Rasullulah saw dia berkata :"Wahai Rasullulah , adakah kamu tidak diizinkan menguasai Thaif?" 


Nabi menjawab,"Tidak"  

Sumber :100 Tokoh Wanita Dizaman Rasullulah