Selasa, 26 April 2016

“Duli Yang Maha Mulia”


https://www.facebook.com/GengRajaBomohSeMalaysia/photos/a.586603748095778.1073741828.586580108098142/980160055406810/?type=3


GELARAN SULTAN - “Duli Yang Maha Mulia”
Seringkali kita dipropagandakan oleh sesetengah golongan yang mengatakan bahawa ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” adalah haram hukumnya untuk digunakan kerana ianya dikatakan bahawa rakyat menyamakan ketinggian ataupun kemulian seorang sultan sama tahapnya dengan Allah. Saya masih teringat ketika masih di bersekolah dulu yang mana saya bersekolah di negeri Selangor, maka nyanyian lagu negeri yang bertajuk “Duli Yang Maha Mulia” mesti dinyanyikan tiap kali acara perhimpunan sekolah diadakan.
Jika dilihat, setiap Sultan pasti memegang satu gelaran sebelum perkatan Sultan bagi negeri yang mempunyai sultan atau raja yang bertakhta.
[1] SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
[2] Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah (Sultan Terengganu)
[3] DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Saladdin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor)
[4] DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor)
[5] DYMM Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir (Negeri Sembilan)
[6] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Pahang)
[7] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Sultan Perlis)
[8] Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru’llahulahu (Sultan Perak)
[9] DYMM Sultan Muhammad Ke-V (Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra) (Sultan Kelantan)
Dalam isu “Duli Yang Maha Mulia(DYMM)” dan hampir semua sultan memakai gelaran ini. Kita mesti mengkaji semula sejarah frasa ini digunakan. Pertama kita perlu ketahui bahawa terma “Duli” mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud habuk. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, “Duli” membawa pengertian tentang sifat seorang hamba.
Manakala, ungkapan “Yang Maha Mulia” pula dimaksudkan oleh orang Melayu lama sebagai Allah. Ini kerana Allah itu adalah tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Mulia. Maknanya, penggunaan ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” kepada sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.
Begitulah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Sesungguhnya ilmulah yang membezakan di antara mereka yang cerdik dengan mereka yang dangkal.
Penulisan : Khir Azril

Tiada ulasan:

Catat Ulasan