Jumaat, 11 April 2014

Kaulah binti Hakim

Namanya sebenarnya ialah Kaulah binti Hakim bin Ummayyah bin Harisah bin al-Auqash bin Murrah bin Hilal bin Falij bin Tsa'labah bin Dzakwan bin Imri'l al-Qais bin Salam. Ibunya ialah Shafiyah binti al-'Ash bin Ummayyah bin Ab Syams bin Abd Manaf bin Wushayy. 

Ibnu al-Kalby berkata :"Kaulah binti Hakim merupakan seorang wanita yang menyerahkan dirinya kepada Nabi saw. Namun, Nabi menangguhkan pernikahannya dengan Khaulah. Khaulah selalu membantu perjuangan nabi saw. Kemudian dia dinikahkan dengan Usman bin Muz'un ra, kemudian Usman bin Muz'un meninggal dunia. 
 


Usman bin Muz'un merupakan sahabat Nabi (Muhajirin yang pertama yang meninggal dunia di Madinah). Semasa Usman meninggal dunia, Rasullulah saw duduk disampingnya dan mencium wajahnya. Baginda bersabda untuk melepaskan pemergian sahabatnya itu, "Semoga Allah memberikanmu rahmat, wahai Abu Saib. Kamu pergi meninggalkan dunia , tidak ada satu keuntungan pun yang kamu dapat daripadanya dan tidak ada satu kerugian pun yang kamu menderita kerananya." 


Walaupun Usman telah meninggal dunia Rasullulah saw tetap mengenangnya. Bahkan ketika melepaskannya pemergian anak perempuannya Ruqayah Rasullulah saw bersabda :"Pergilah susuli pendahulu kita yang menjadi pilihan; Usman bin Muz'un. 

Ibnu Abdul al-Barr mengatakan ,"Khaulah digelar Ummu Syarik." Menurut pendapat sebahagian ulama pula dia ialah orang yang menyerahkan dirinya kepada Nabi saw. 

Khaulah ialah wanita solehah dan mulia. Dia pernah berkata kepada Rasullulah saw ,"Jika Allah telah menakluki Thaif untukmu , berilah aku perhiasan Badiah binti Ghailan Abi Salamah atau perhiasan al-Fari'ah bin Uqail. Kedua-duanya merupakan wanitaThaif yang banyak memakai perhiasan. 

Rasullulah saw lalu berkata :"Bagaimana jika aku tidak diberikan keizinan untuk menguasai , wahai Khaulah?"

Khaulah mengatakan hal tersebut kepada Umar bin al-Khattab ra kemudian Umar menghadap Rasullulah saw dia berkata :"Wahai Rasullulah , adakah kamu tidak diizinkan menguasai Thaif?" 


Nabi menjawab,"Tidak"  

Sumber :100 Tokoh Wanita Dizaman Rasullulah  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan